Kerry beri amaran kepada Assad

Kerry beri amaran kepada Assad

BERLIN, 4 Mei (AFP) – Setiausaha Negara AS John Kerry memberi amaran kepada Presiden Syria Bashar al-Assad tentang ‘akibat’ jika rejim beliau melanggar gencatan senjata baru yang sedang dirundingkan, ketika perbincangan untuk menghentikan keganasan dialihkan ke Berlin hari ini.

Rusia berkata gencatan senjata baru untuk menghentikan pertempuran di Aleppo akan tidak lama lagi, dengan bandar utara Syria yang berpecah belah dilanda oleh siri-siri keganasan yang telah mengorbankan lebih 270 orang sejak 22 April.

Dengan Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan rundingan segera berhubung krisis itu lewat hari ini, usaha diplomatik untuk mengekang keganasan telah dialihkan ke Jerman yang mana Menteri Luar Frank-Walter Steinmeier akan mengadakan pertemuan dengan utusan Syria ke PBB Staffan de Mistura, ketua parti pembangkang utama Syria Riad Hijab dan diplomat tertinggi Perancis Jean-Marc Ayrault.

Pertempuran baru antara pasukan rejim dan pemberontak telah bertumpu di Aleppo, yang mana pertempuran sengit telah mengorbankan kira-kira 30 orang semalam, dengan Kerry mengeluarkan amaran keras kepada Assad jika kerajaan beliau gagal mematuhi perjanjian baru.

John Kerry ketika menyuarakan perkara tersebut di Washington. - AFP
John Kerry ketika menyuarakan perkara tersebut di Washington. – AFP

“Jika Assad tidak mematuhi gencatan senjata baru, akan jelas ada akibatnya dan salah seorang dari mereka akan memusnahkan gencatan senjata sepenuhnya dan mereka akan kembali berperang,” Kerry memberitahu para pemberita selepas pulang dari pusingan rundingan sebelumnya di Geneva.

Kerry menambah kata “Saya kira Rusia tidak menginginkan itu, saya tidak fikir Assad akan meraih manfaat dari itu.”

Rundingan Majlis Keselamatan itu yang mana Perancis dan Britain menggesa ia diadakan, akan membincangkan pertumpahan darah, yang mengancam akan menjejaskan usaha damai antarabangsa untuk menamatkan peperangan lima tahun di Syria.

“Aleppo adalah pada Syria seperti Sarajevo pada Bosnia,” kata duta Perancis ke PBB, Francois Delattre.

Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata lewat semalam dia berharap akan menyetujui pembekuan pertempuran di Aleppo ‘dalam masa terdekat, malah mungkin dalam tempoh beberapa jam akan datang,” selepas mengadakan pertemuan dengan de Mistura di Moscow.

ARTIKEL YANG SAMA