Kerry beri amaran runtuhnya PA

Kerry beri amaran runtuhnya PA

WASHINGTON, 6 Dis – Setiausaha Negara John Kerry semalam berkata ada persoalan tentang berapa lama Pihak Berkuasa Palestin (PA) boleh bertahan dan memberi amaran tentang impaknya kepada Israel.

“Presiden Abbas bercakap dengan suara yang putus asas, dari yang pernah saya dengar sebelum ini tentang rasa putus asa yang dirasakan oleh rakyat Palestin,” kata Kerry dalam ucapan di Institusi Brookings. Menurutnya Israel akan memikul tanggung jawab, seperti memberikan perkhidmatan asas di Tebing Barat, jika Pihak Berkuasa Palestin gagal.

Lebih dua bulan penikaman, melanggar kereta dan kadangkala penembakan yang dilakukan oleh orang Palestin telah membunuh 19 orang Israel dan seorang warga AS, pasukan tentera Israel telah membunuh 102 orang Palestin dalam tempoh sama yang 63 darinya dikenal pasti oleh Israel sebagai penyerang atau dirakamkan dalam kamera melakukan serangan.

Pertumpahan darah dicetuskan oleh kebimbangan umat Islam dengan bertambahnya orang Yahudi mengunjungi halaman masjid al-Aqsa, Baitulmaqddis – tapak ketiga paling suci bagi orang Islam dan juga dihormati oleh orang Yahudi sebagai tempat dua kuil era kitab Bible. Orang Palestin juga kecewa dengan kegagalan rundingan damai berdekad-dekad lamanya untuk memberikan mereka negara merdeka.

Kerry telah pergi ke rantau itu bulan lalu untuk cuba meredakan keganasan yang sedang berlaku. “Tanpa pasukan keselamatan PA, Pasukan Pertahanan Israel mungkin terpaksa mengerah berpuluh-puluh ribu tentera ke Tebing Barat bagi tempoh tidak pasti untuk mengisi kekosongan” kata Kerry.

“Adakah pihak Israel bersedia dan kesan ini pada anak-anak dan cucu mereka yang berkhidmat dalam pasukan Pertahanan Israel?” Dia juga menyelar pembinaan petempatan oleh Israel dan berkata hampir kesemua Kawasan C, yang merupakan kira-kira 60 peratus Tebing Barat, ‘terbatas’ bagi pembangunan Palestin. “Petempatan bukan alasan bagi keganasan, tidak, dan kami jelas tentang itu. Tetapi penempatan berterusan membangkitkan soalan jujur tentang niat jangka panjang Israel dan akan hanya mengakibatkan pemisahan dari orang Palestin lebih sukar,” katanya. – Reuters