Kerry bertemu Suu Kyi

Kerry bertemu Suu Kyi

NAYPYIDAW, 22 Mei (AFP) – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, bertemu tokoh demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi bagi perbincangan peringkat tertinggi pertama kerajaan awam ketika Washington menyambung semula hubungan dengan negara itu.

Pertemuan diadakan beberapa hari selepas Amerika menarik balik siri sekatan kewangan dan perdagangan bagi mengiktiraf perubahan politik yang menyaksikan kemenangan besar pada pilihan raya meletakkan Suu Kyi dan partinya dalam kerajaan selepas beberapa dekad diperintah junta.

Suu Kyi yang memegang jawatan Menteri Luar, juga berperanan sebagai kaunselor negara bagi membolehkan beliau mengemudikan kerajaan walaupun Perlembagaan dirangka tentera menghalang beliau menjadi presiden, jawatan yang kini dipegang sekutunya sekian lama, Htin Kyaw.

Kerry tiba di ibu negara itu pada pagi hari ini dan dijangka memberi sidang akhbar bersama Suu Kyi, tokoh pro-demokrasi yang menerima rizab yang besar dalam modal politik dari Washington.

ARTIKEL YANG SAMA