Kerry bincang keselamatan & bantuan

Kerry bincang keselamatan & bantuan

DJIBOUTI, 6 Mei (AFP) – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry tiba di negeri Djibouti, Afrika hari ini, rumah kepada pangkalan tentera AS di benua itu dan hanya seberang laut daripada Yaman dilanda perang.

Djibouti, sebuah tempat strategik bekas koloni Perancis dan pelabuhan yang mengawal pintu masuk ke Laut Merah dan Suez Canal, juga merupakan negeri penyumbang penting ke pasukan Kesatuan Afrika yang bertempur dengan Al-Qaeda gabungan pemberontak Shebab di kejiranan Somalia.

“Djibouti telah membuat sumbangan sangat penting, membantu untuk memerangi pelampau,” kata Kerry semasa lawatan ke sebuah masjid bersama pegawai Djibouti.

Kerry telah membuat lawatan pertama sebagai Setiausaha Negara ke Djibouti, dan para pegawai mengatakan beliau akan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuannya dalam menyokong kira-kira 500 warga AS yang melarikan diri daripada perang saudara di kawasan berhampiran Yaman.

“Beliau akan berterima kasih kepada kerajaan Djibouti atas usaha mereka di Yaman dalam terma bantuan kepada warga Amerika,” kata diplomat AS.

Djibouti merupakan rumah kepada Kem Lemonnier, ibu pejabat tentera AS di benua yang digunakan bagi operasi antipengganas di Yaman, Somalia serta bagi operasi lain di seluruh Afrika.

Lawatan Kerry ke Djibouti mengakhiri pusingan jelajah Afrika timur yang bermula di Kenya dan Somalia, di mana peperangan ke atas pemberontak Shebab telah menjadi fokus dalam rundingan itu.

Seperti yang dilakukannya di Kenya, Kerry akan berbincang dengan para pegawai Djibouti tentang “bagaimana untuk menangani ancaman yang dilakukan Al-Shebab ke atas rantau itu, dengan lebih efektif lagi,” tambah diplomat itu.

Beliau dijangka akan menemui Presiden Djibouti, Omar Guelleh, dan berkunjung ke Kem Lemmonier.

Selepas Djibouti, Kerry akan menuju ke Arab Saudi hari ini, sebelum menuju ke Perancis bagi menghadiri rundingan berhubungan keselamatan serantau, serta mengambil bahagian dalam hari memperingati untuk menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua di Eropah.