Kerry di Abu Dhabi bincang keamanan Syria

Kerry di Abu Dhabi bincang keamanan Syria

ABU DHABI, 23 Nov (AFP) – Setiausaha Negara AS John Kerry tiba di Abu Dhabi hari ini untuk bertemu dengan rakan sejawatan Emiriah mengenai usaha untuk membina satu gabungan pembangkang Syria untuk memimpin rundingan perdamaian dengan rejim Damsyik.

Kerry telah menjadualkan mesyuarat dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed al-Nahyan dan Menteri Luar Amiriah Arab Bersatu Sheikh Abdullah bin Zayed al-Nahyan.

Pegawai AS berkata beliau juga berharap dapat bertemu dengan pegawai Saudi.

Duta Amerika itu sedang mempelopori usaha antarabangsa untuk menghentikan perang saudara Syria berusia empat setengah tahun dengan mengumpul puak pembangkang dan pemberontak untuk berunding dengan kerajaan Bashar al-Assad.

Kuasa besar yang berminat dalam konflik telah menetapkan satu tarikh pada 1 Januari untuk memulakan rundingan dan gencatan senjata, namun peserta masih belum dikenalpasti.

Arab Saudi, yang menyokong beberapa pemberontak Sunni yang aktif di medan pertempuran, telah mengambil alih untuk menubuh beberapa gabungan kumpulan dalam buangan, puak bersenjata dan parti Islam.

Ia tidak termasuk kumpulan IS dan Barisan Al-Nusra yang bersekutu dengan Al-Qaeda.

Bagaimanapun, mereka boleh menarik kumpulan seperti sekutu Islam berpengaruh Al-Nusra Ahrar al-Sham.

Harapannya adalah jika gabungan pembangkang ‘sederhana’ boleh mengadakan rundingan gencatan senjata dan perdamaian dengan pengikut setia Assad, satu laluan kepada peralihan politik boleh ditemui.

ARTIKEL YANG SAMA