Kerry diarah berehat

Kerry diarah berehat

GENEVA, 1 Jun (AFP) – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry akan pulang ke tanah air untuk menerima rawatan hari ini selepas mengalami patah kaki dalam kemalangan basikal di Pergunungan Perancis, yang mengakibatkan ketua diplomat Amerika itu buat sementara waktu menangguhkan pekerjaannya.

Kerry, 71 tahun, yang sangat gemar sukan berbasikal, telah dimasukkan ke hospital di bandar Swiss di Geneva – tempat dia mengadakan pertemuan dengan Mohammad Javad Zarif dari Iran – selepas terlibat dalam kemalangan seberang sempadan di Pergunungan Perancis.

Tetapi jurucakap wanita Rumah Putih Jennifer Psaki yang biasa bekerja dengan Kerry di Jabatan Negara, mendakwa kemalangan itu tidak akan memperlahankan utusan yang sering pergi ke merata dunia itu.

“Saya amat suka melihat sesiapa sahaja di hospital itu yang cuba untuk menghalang John Kerry daripada berunding dan bekerja ketika dalam proses penyembuhan kakinya yang patah,” menurutnya dalam Twitter.

Kerry pada awalnya dijangka pulang ke AS pada petang semalam, tetapi Jabatan Negara kemudian mengumumkan penerbangan telah ditangguhkan.

Pemandangan Hospital Geneva University (HUG) pada 1 Jun, di Geneva tempat Setiausaha Negara AS, John Kerry menerima rawatan. – AFP
Pemandangan Hospital Geneva University (HUG) pada 1 Jun, di Geneva tempat Setiausaha Negara AS, John Kerry menerima rawatan. – AFP

“Setiausaha itu telah merancang terbang kembali ke AS malam ini, namun selepas konsultasi seterusnya, mengatakan bahawa adalah wajar baginya untuk terus berada di hospital itu bagi pemerhatian semalaman sebagai langkah awal pencegahan dan terbang pulang ke tanah air esok,” kata jurucakap John Kirby.

Dia menambah kata Kerry ‘begitu bersemangat dan aktif’ dan telah bercakap melalui telefon dengan Presiden Barack Obama.

Kerry terjatuh selepas dia baru memulakan tunggangan yang dirancang pada salah satu peringkat Jelajah de Francis, laluan gunung Col de la Colombiere yang mencabar, menurut sumber tempatan.

Diplomat tertinggi AS itu, yang telah mengadakan rundingan di Switzerland Sabtu lalu berhubung krisis nuklear Iraq, mengalami patah tulang paha sebelah kanan kakinya setelah terjatuh di kampung Scionzier dekat Chamonix.

Dia terpaksa membatalkan perjalanan ke Sepanyol dan kehadirannya dalam mesyuarat antarabangsa di Paris berkaitan krisis yang berhubung dengan kumpulan Islamic State (IS), menurut Kirby.

Bagaimanapun dia menambah kata Kerry merancang untuk ‘secara jauh’ menyertai rundingan Paris esok, yang bertujuan mengkaji strategi gabungan antarabangsa menentang pejuang jihad, yang telah merampas banyak wilayah di Iraq dan Syria.

Jabatan Negara mengatakan Timbalan Setiausaha Negara, Antony Blinken, sebaliknya akan mengetuai delegasi AS dalam rundingan di Paris.

ARTIKEL YANG SAMA