Kerry harap TPP diteruskan

Kerry harap TPP diteruskan

WELLINGTON, 13 Nov – Setiausaha Negara AS John Kerry enggan menamatkan Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) hari ini, meluahkan harapan Presiden dipilih Donald Trump akan menggugurkan tentangannya terhadap perjanjian perdagangan bebas itu.

TPP, terdiri daripada 12 buah negara, menjadi isu hangat ketika kempen pilihan raya AS, dengan pengkritik termasuk Trump berkata ia akan menjejas pekerjaan warga Amerika. Kerry berkata perdagangan antarabangsa adalah penting kepada kepentingan AS dan TPP boleh membantu mengembang ekonomi.

“Saya fikir tatkala orang mengkajinya dan mulai memikirnya selepas kempen, harapan saya adalah ia boleh mendapatkan sokongan yang diperlunya,” beritahunya kepada wartawan ketika satu lawatan ke New Zealand.

TPP termasuk satu dozen negara Asia Pasifik yang bersama menyumbang kepada 40 peratus daripada ekonomi global. Mereka adalah Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Ia telah ditandatangani tetapi masih belum disahkan oleh penggubal undang-undang di AS.

John Kerry berucap pada sidang media bersama Perdana Menteri New Zealand, John Key di Premier House di Wellington, New Zealand kelmarin. - AFP
John Kerry berucap pada sidang media bersama Perdana Menteri New Zealand, John Key di Premier House di Wellington, New Zealand kelmarin. – AFP

Kerry berkata beliau dan Presiden Barack Obama masih “komited” kepada perjanjian tetapi tidak akan meluluskannya dalam sesi perundangan “pincang” sebelum Trump mengambil alih.

“Disebabkan ia tidak mungkin dikemukakan dalam sesi pincang tidak menandakan hala tuju negara, ia sudah pasti,” kata beliau. “Saya percaya akan wujudnya perdebatan hangat mengenainya dan terdapat faedah yang cukup untuk semua orang di mana orang akan melihatnya sebagai perjanjian yang berlainan.”

Kerry juga menafi TPP bertujuan mewujudkan benteng ekonomi ke atas kebangkitan China di Asia Pasifik. “Ia bukan mengenai China,” kata beliau. “Amerika Syarikat mengalu-alu kebangkitan aman negara besar seperti China, kami berkata demikian kepada Presiden Xi.

“Kami bukan mencari persaingan atau konflik, kami sedang mencari kerjasama.” – AFP