Kerry: Houthi bebas 2 warga Amerika

Kerry: Houthi bebas 2 warga Amerika

LAUSANNE, Switzerland, 16 Okt – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry berkata pemberontak Houthi Yaman telah membebaskan dua rakyat AS kelmarin, tanpa memberi butiran identiti warga Amerika berkenaan.

Kerry berkata mereka dibebaskan sebagai sebahagian daripada pengaturan diplomatik rumit yang termasuk penghantaran melalui udara bagi warga Yaman yang cedera akibat serangan udara minggu lalu yang dijalankan oleh pasukan gabungan diketuai Saudi. Individu berkenaan dibawa ke Oman untuk menerima rawatan.

Kerry berkata AS telah berusaha beberapa hari lalu, di samping menekan gencatan senjata di Yaman yang akan membolehkan kerajaan negara yang diiktiraf antarabangsa dan Houthi yang disokong Iran agar kembali kepada rundingan.

Agensi Berita Oman milik kerajaan berkata dua warga Amerika itu ‘ditawan’ di Yaman telah dibebaskan dan diterbangkan ke kerajaan berikutan rundingan dengan para pegawai Oman dan ‘pihak berkuasa Yaman’ di bandar Sanaa, yang dikawal oleh Houthi dan sekutu mereka. Ia juga tidak menyatakan warga Amerika berkenaan.

Bercakap kepada wartawan di Switzerland, di mana beliau menghadiri rundingan berhubung Syria, Kerry berkata sebuah pesawat telah menerbangkan delegasi Houthi balik ke Yaman dari bandar Oman, Muscat dan kembali bersama mangsa cedera dalam serangan di dewan pengebumian.

“Perkara ini adalah sesuatu yang kami cuba usahakan selama beberapa hari yang lalu,” katanya.

Katanya lagi, usaha itu ‘juga menjamin pembebasan dua rakyat Amerika dari Houthi. Nama mereka tidak dinyatakan’.

Kerry juga berkata AS ‘sangat puas hati’ dengan pembebasan mereka dan sedang berusaha untuk menyelesaikan situasi tebusan lain di Yaman dan tempat lain. – AP