Kerry kecam serangan di Baghdad

Kerry kecam serangan di Baghdad

WASHINGTON, 30 Okt (AFP) – Diplomat tertinggi AS John Kerry menyelar serangan ke atas pangkalan yang menempatkan anggota-anggota pembangkang Iran yang hidup dalam buangan di pinggir Baghdad, dengan semalam menggesa masyarakat antarabangsa membantu memindahkan penduduk-penduduknya.

Kira-kira 15 peluru berpandu mensasarkan Kumpulan Liberty semalam, bekas pangklaan tentera AS berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad, yang menempatkan anggota-anggota Mujahedin Rakyat Iran, sebuah kumpulan pembangka ng yang telah hidup dalam buangan sejak revolusi Islam 1979.

Jurucakap Mujahedin itu berkata serangan adalah yang paling teruk yang mensasarkan kumpulan itu setakat ini, dan mendakwa beberapa orang terbunuh tetapi tidak dapat menyatakan beramai ramai.

“Tidak kira keadaannya, pada tahap ini kami masih positif; PBB masih komited membantu Pesuruhjaya Tinggi Orang Pelarian PBB dalam pemindahan semua penduduk kumpulan Hurriya ke tempat selamat dan tetap di luar Iraq,” ujarnya.

Kerry bercakap dengan Menteri Luar Rusia Lavrov sebelum mesyuarat di Vienna semalam. – Reuters
Kerry bercakap dengan Menteri Luar Rusia Lavrov sebelum mesyuarat di Vienna semalam. – Reuters

“Kami menyeru lebih banyak negara membantu dalam memberi respons kepada situasi kemanusiaan segera ini dengan mengalu-alukan penduduk kumpulan itu bagi pemindahan dan dengan menyumbang dana yang diwujudkan oleh PBB untuk menyokong petempatan mereka,” tambahnya.

Sementara itu, pertubuhan berpangkalan di Paris, Majlis Keselamatan Penentangan Iran, berkata dalam satu kenyataan bahawa 23 orang terbunuh dalam serangan itu dan berbelas-belas lagi cedera, termasuklah 22 orang yang cedera parah.

Perwakilan dari kumpulan itu, Afchine Alavi berkata semua memberitahu, kira-kira 80 buah roket mendarat di kawasan kumpulan itu. Mujahedin yang memihak Iraq di bawah Saddam Hussein ketika peperangan dengan Iran dalam tahun 1980an, tetapi serangan 2003 yang diketuai AS telah membawa pemimpin-pemimpin yang mempunyai hubungan dengan Tehran kepada pucuk pimpinan.