Kerry lakar sejarah di Cuba

Kerry lakar sejarah di Cuba

WASHINGTON, 13 Ogos – John Kerry bakal mencipta sejarah. Pada esok, beliau akan menjadi Setiausaha Negara pertama melawat Havana, bandar komunis Cuba sejak 1945.

Misinya ialah untuk menaikkan bendera Amerika Syarikat sekali lagi di kedutaan Amerika Syarikat yang dibuka semula dan memeterai hubungan kurang dingin yang lama tertangguh sepanjang Perang Dingin.

Kunjungan beliau ke jiran Amerika itu hanyalah beberapa jam tetapi ia membolehkan Kerry untuk akan membincangkan perkara-perkara yang selesai dalam proses pengenduran ketegangan, seperti sekatan perdagangan dan status pangkalan AS di Teluk Guantanamo. Beliau juga akan berpeluang menjauhkan dirinya sedikit dari Havana rasmi dan menemui penentang-penentang yang bimbang dengan perubahan yang sedang dilakukan.

Dan beliau malah berjanji akan berjalan-jalan di bandar itu dan menemui rakyat biasa Cuba.

‘Saya akan berjalan-jalan bebas dan terbuka di Old Havana,” Kerry memberitahu rangkaian AS berbahasa Sepanyol, Telemundo sebelum beliau berlepas. Ini akan membawa Kerry dari misi AS yang memiliki bangunan konkrit dan kaca yang mengagumkan di Malecon pinggir laut – kini adalah kedutaan penuh – ke kuarter jajahan yang ramai dikunjungi pelancong-pelancong.

Kerry (kiri) memberikan penjelasan mengenai tongkat yang beliau gunakan selepas terbabit dalam kemalangan ketika menunggang basikal selepas berucap mengenai Perjanjian Iran di bandar raya New York pada 11 Ogos 2015. – AFP
Kerry (kiri) memberikan penjelasan mengenai tongkat yang beliau gunakan selepas terbabit dalam kemalangan ketika menunggang basikal selepas berucap mengenai Perjanjian Iran di bandar raya New York pada 11 Ogos 2015. – AFP

Para pegawai berkata selepas majlis di kedutaan itu dan pergi berjalan-jalan, Kerry akan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai, para usahawan, artis, aktivis dan para penentang Cuba di kediaman ketua misi AS.

“Pemulihan hubungan dalam proses. Kami sangat jelas tentang itu,” penolong jurucakap Jabatan Mark Toner.

“Pasti, kami akan mengambil langkah dalam proses itu pada Jumaat dengan upacara menaikkan bendera selepas terhenti 54 tahun.

“Kami sangat jelas bahawa ini tidak mengurangkan setiap cabaran dalam hubungan, tetapi ia memberi kami kemampuan untuk bercakap secara langsung dengan kerajaan Cuba.”

Washington dan Havana telah membuka semula kedutaan di bandar masing-masing pada 20 Julai, 54 tahun selepas hubungan terputus pada kemuncak Perang Dingin antara Barat dan gabungan Komunis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA