Kerry larang Beijing tubuh ADIZ

Kerry larang Beijing tubuh ADIZ

ULAN BATOR, 5 Jun – Setiausaha Negara AS John Kerry hari ini mengingatkan Beijing supaya tidak menubuhkan zon pengenalpastian pertahanan udara (ADIZ) di Laut China Selatan ketika satu lawatan ke Mongolia.

Washington akan menimbang penubuhan zon sedemikian – yang akan mewajibkan pesawat udara awam memperkenalkan diri mereka kepada pengawal tentera – “satu perbuatan yang bersifat provokatif,” beritahu Kerry kepada wartawan di Ulan Bator.

Kata-kata itu keluar sehari sebelum dialog AS-China di Beijing dan selepas satu akhbar Hong Kong memetik sumber tentera China sebagai berkata Beijing sedang menimbangkan zon sedemikian, sama dengan yang ditubuhkan oleh Beijing di Laut China Timur pada 2013.

Terminal feri tenggelam akibat aliran air dari Sungai Parramatta di Sydney semalam. Pantai timur Australia, termasuk Sydney, telah dilanda ribut aneh dengan pokok-pokok tumbang dan beribu-ribu orang tidak menerima bekalan elektrik. - AFP
Terminal feri tenggelam akibat aliran air dari Sungai Parramatta di Sydney semalam. Pantai timur Australia, termasuk Sydney, telah dilanda ribut aneh dengan pokok-pokok tumbang dan beribu-ribu orang tidak menerima bekalan elektrik. – AFP

China menuntut hampir kesemua laut penting meskipun tuntutan yang sama oleh beberapa negara jiran Asia Tenggara, dan telah mengemuka tuntutannya dengan membina pulau tiruan yang sesuai untuk kegunaan tentera.

Washington telah bertindak dengan menghantar kapal perang berhampiran dengan terumbu yang dituntut oleh China, sekali gus menimbulkan kemarahan Beijing.

Tindakan lanjut AS di rantau “akan memberikan Beijing satu peluang yang baik untuk mengisytiharkan ADIZ di Laut China Selatan,” beritahu sumber tentera China kepada akhbar South China Morning Post pada minggu lalu. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA