Kerry rancang lawat Moscow, lebih banyak pesawat Rusia tinggalkan Syria

Kerry rancang lawat Moscow, lebih banyak pesawat Rusia tinggalkan Syria

MOSCOW, 16 Mac (AFP) – Kumpulan kedua pesawat perang Rusia meninggalkan Syria hari ini sejajar dengan keputusan Moscow untuk mengundurkan hampir kesemua angkatannya, ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry bersedia untuk mengadakan lawatan ke Moscow bagi membincangkan konflik berkenaan.

Pesawat penyerang SU-25 dan pesawat pengangkutan IL-76 berundur dari pangkalan Hmeimim Rusia di Syria, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

Pengunduran itu disusuli daripada kumpulan pertama pesawat udara yang tiba di Rusia kelmarin.

Kerry kelmarin mengatakan dia akan mengadakan rundingan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk ‘cuba mengambil manfaat daripada peristiwa ini’, yang digambarkannya sebagai peluang terbaik dalam bertahun-tahun untuk menamatkan pertumpahan darah.

Dia dijangka akan ke Moscow kira-kira minggu depan selepas satu lawatan ke Cuba.

ARTIKEL YANG SAMA