Kerry sokong rundingan damai Palestin-Israel

Kerry sokong rundingan damai Palestin-Israel

BRUSSELS, 20 Mei (NNN) – Setiausaha Negara AS John Kerry hari ini mengalu-alukan usaha-usaha Perancis dan Mesir untuk menghidupkan kembali rundingan damai antara Israel dan Palestin dan berkata beliau akan menghadiri satu persidangan antarabangsa di Paris pada 3 Jun yang dihasratkan untuk menetapkan satu rangka kerja bagi rundingan baru.

Usaha-usaha AS untuk membroker rundingan dua negara gagal pada April 2014, dan Kerry berkata sebarang usaha damai akan memerlukan tolak ansur dari kedua-dua belah pihak.

“Mereka sendiri perlu membuat keputusan untuk berunding dan dalam pada itu perlu adanya tolak ansur, tanpa tolak ansur ia adalah mustahil,” Kerry memberitahu satu sidang media ketika satu mesyuarat dengan menteri-menteri luar NATO.

“Saya akan bekerjasama dengan Perancis, Saya akan bekerjasama dengan Mesir, Saya akan bekerjasama dengan komuniti Arab dalam niat baik dalam usaha untuk melihat jika kami boleh mencari jalan untuk membantu kedua-dua negara untuk menghidupkan kembali rundingan,” tambahnya.

John Kerry bersama Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu ketika satu mesyuarat NATO di Brussels. – AFP
John Kerry bersama Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu ketika satu mesyuarat NATO di Brussels. – AFP

Kerry berada di Kaherah pada Rabu lepas untuk terus meneroka cadangan oleh Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi pada Selasa untuk menjadi pengantara perdamaian antara Palestin dan Israel.

Menteri-menteri yang berkumpul di Paris dijangka untuk memasukkan Quartet Timur Tengah (Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), Liga Arab, Majlis Keselamatan PBB dan kira-kira 20 negara, tanpa penyertaan Israel atau Palestin.

Para diplomat berkata mesyuarat itu akan pakej semua insentif ekonomi dan jaminan-jaminan lain yang pelbagai negara telah tawarkan dalam tahun-tahun sebelumnya untuk mewujudkan agenda bagi persidangan keamanan pada musim luruh.