Kerry ‘tersentuh’ lawatan ke memorial

Kerry ‘tersentuh’ lawatan ke memorial

HIROSHIMA, Jepun, 11 April (AFP) – John Kerry mengatakan hari ini dia ‘berasa amat tersentuh’ dengan lawatan pertama kalinya ke memorial bom atom Hiroshima – dan menggesa Presiden Barack Obama perlu mengadakan lawatan serupa itu.

Setiausaha negara AS itu, yang juga disertai oleh menteri-menteri luar negeri G7 yang lain, adalah para pegawai pentadbiran berpangkat tinggi yang memberi penghormatan di tempat pesawat Amerika telah melancarkan serangan nuklear yang pertama lebih tujuh dekad yang lalu.

Para pegawai Washington mengatakan Obama sedang mempertimbangkan lawatan ke Hiroshima lewat bulan depan sekitar waktu sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7), yang sedang diadakan di bahagian lain di Jepun.

Lawatan Obama itu akan memberi kepentingan simbolik yang sangat besar seumpamanya yang pertama ke Hiroshima oleh seorang presiden AS.

“Saya ingin mengekspresikan secara jujurnya bagaimana tersentuhnya saya,” untuk menjadi setiausaha negara AS yang pertama mengunjungi Hiroshima, Kerry memberitahu para wartawan hari ini ketika dia dan rakan sejawatan G7 menamatkan rundingan dua harinya.

(Kiri-kanan) Menteri Luar Negeri Jerman Frank-Walter Steinmeier, Menteri Luar Jepun Fumio Kishida, Setiausaha Negara AS, John Kerry, Setiausaha Luar Negeri Britain, Philip Hammond dan Menteri Luar Negeri Kanada, Stephane Dion ketika memberi penghormatan di Memorial Cenotaph bagi mangsa pengeboman atom 1945 di Taman Memorial Perdamaian. – AFP
(Kiri-kanan) Menteri Luar Negeri Jerman Frank-Walter Steinmeier, Menteri Luar Jepun Fumio Kishida, Setiausaha Negara AS, John Kerry, Setiausaha Luar Negeri Britain, Philip Hammond dan Menteri Luar Negeri Kanada, Stephane Dion ketika memberi penghormatan di Memorial Cenotaph bagi mangsa pengeboman atom 1945 di Taman Memorial Perdamaian. – AFP

Sebuah muzium di tapak memorial itu satu ‘paparan yang merentap perasaan naluri yang menyentak semua daya kepekaan sebagai seorang manusia,” kata Kerry.

Kira-kira 140,000 orang terkorban daripada letupan Hiroshima pada 6 Ogos 1945, atau kemudian akibat pendedahan radiasi teruk. Bandar itu, sebuah pangkalan tentera semasa perang, telah diranapkan oleh letupan yang sangat besar.

Pengeboman atom Nagasaki menyusul tiga hari kemudian, membunuh kir-kira 74,000 orang. Jepun menyerah kalah dalam masa seminggu untuk menamatkan Perang Dunia Kedua.

“Semua orang seharusnya melawat Hiroshima, dan semua orang bermaksud semua orang,” kata Kerry.

“Saya berharap suatu hari nanti presiden Amerika Syarikat akan menjadi di antara semua orang yang dapat datang ke mari.”

Namun Kerry enggan untuk memberi komen akan kemungkinan besar mengenai lawatan Obama.

“Sama ada atau tidak dia akan dapat datang sebagai presiden, saya tidak tahu,” ujarnya.

Pada pagi hari ini, para menteri G7 dan ketua dasar luar Kesatuan Eropah memulakan lawatan mereka hari ini di sebuah muzium yang memperlihatkan kesan memusnah dari pengeboman itu – seperti pakaian terbakar dan barangan peribadi lain para mangsa yang terselamat.”

“Ia adalah peringatan yang kasar dan sebenar yang menambat perhatian bukan saja obligasi kami untuk menamatkan ancaman senjata nuklear, tetapi mendedikasikan semula usaha kita untuk mengelak peperangan itu sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA