Kerry tiba di Kenya, runding kerjasama keselamatan

Kerry tiba di Kenya, runding kerjasama keselamatan

NAIROBI, 3 Mei (AFP) – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry tiba di Kenya hari ini bagi rundingan berhubung kerjasama keselamatan dan menjelang lawatan Presiden AS Barack Obama ke negara asal mendiang ayahnya.

Lawatan ke negara Afrika timur itu adalah lawatan pertama peringkat tinggi sejak 2012, dan muncul selepas setahun ketegangan menyelubungi Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta yang didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berkaitan jenayah ke atas kemanusiaan.

ICC sejak itu menggugurkan kes ke atas Kenyatta berhubung peranannya semasa selepas pilihan raya ganas 2007-2008, memetik kekurangan bukti dan kegagalan Kenya untuk berkerjasama – dengan menyingkirkan status paria Kenyatta.

“Kami memang memiliki perhubungan lama bersama Kenya lebih 50 tahun yang lalu, dan kami memiliki hubungan kebudayaan dan ekonomi berterusan bersama warga Kenya, dan ia tidak pernah berakhir. Oleh itu lawatan ini bukan tentang menebus segala-galanya,” kata pegawai Pejabat Negara.

Setiausaha Negara AS, John Kerry (kiri) ketika bercakap dengan perwakilan TNA di Sri Lanka semasa di Colombo dan meneruskan lawatannya ke Kenya. – AFP
Setiausaha Negara AS, John Kerry (kiri) ketika bercakap dengan perwakilan TNA di Sri Lanka semasa di Colombo dan meneruskan lawatannya ke Kenya. – AFP

“Ia adalah tentang memperkukuhkan dan merapatkan hubungan yang kami telah miliki bersama Kenya, dan ia juga sebahagiannya dalam persediaan untuk lawatan Presiden Obama yang akan berlangsung pada akhir Julai.”

Kerry tiba dari Sri Lanka lewat hari ini dan akan berlepas pada Selasa, yang mana beliau juga akan bertemu dengan Kenyatta.

Pertempuran ke atas militan Shebab yang berkaitan Al-Qaeda Somalia akan menjadi ciri terpenting dalam agenda bersama Kenya yang bergelut untuk menghentikan serangan rentas sempadan oleh militan walaupun ia memiliki beribu tentera di selatan Somalia.

ARTIKEL YANG SAMA