Kerry yakin proses damai Colombia

Kerry yakin proses damai Colombia

HAVANA, 22 Mac – Setiausaha Negara AS John Kerry yakin dengan kemajuan proses damai Colombia selepas semalam mengadakan pertemuan di Havana dengan perwakilan kumpulan gerila Marxist FARC, Colombia dan kerajaan Bogota, menurut jurucakap Jabatan Negara.

Kerry, yang berada di Cuba sebagai sebahagian dari lawatan bersejarah Presiden AS Barack Obama ke pulau itu yang diperintah Komunis telah menemui kedua belah pihak secara berasingan dan menggesa mereka menggandakan usaha mereka untuk menyelesaikan isu-isu yang masih ada dalam rundingan, jurucakap Mark Toner dalam satu kenyataan.

Kerry memberitahu kedua-duanya, dia ‘menggalakkan isu-isu ‘penamatan konflik’ yang kini berada di hadapan dan tumpuan dalam rundingan, termasuklah gencatan senjata dua hala rasmi yang diawasi oleh Majlis Keselamatan PBB, jadual bagi perlucutan senjata dan keselamatan menjamin selepas konflik bagi semua pihak berperanan politik sah,” menurut kenyataan itu.

Penglibatannya atas permintaan Presiden Colombia Juan Manuel Santos menandakan buat pertama kali setiausaha negara AS mengadakan pertemuan dengan para perunding dari Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia sejak rundingan damai bermula di Havana lebih tiga lalu.

Pertemuan antara delegasi kerajaan Colombia dan Kerry ‘sangat produktif’, kata ketua perunding kerajaan Humberto de la Calle memberitahu para wartawan.

John Kerry ketika berkumpul sebelum permulaan majlis makan malam negara Cuba dalam mengalu-alukan kedatangan Presiden Barack Obama dan wanita pertama Michelle Obama di Palacio de la Revolucion di Havana pada 21 Mac. – Reuters
John Kerry ketika berkumpul sebelum permulaan majlis makan malam negara Cuba dalam mengalu-alukan kedatangan Presiden Barack Obama dan wanita pertama Michelle Obama di Palacio de la Revolucion di Havana pada 21 Mac. – Reuters

“Terdapat elemen konkrit luar biasa,” menurut de la Calle.

“Misalnya, pengumuman bantuan dari AS berkaitan keselamatan mereka yang meletak senjata yang menjadi perkara penting pada rundingan.”

FARC berterima kasih kepada AS di atas sokongan bagi rundingan damai dan berkata mereka berharap mencapai perjanjian perdamaian muktamad dalam bulan-bulan mendatang.

“Pada tarikh terdekat kami akan memberikan berita baik kepada negara dan dunia – bahawa Colombia telah mencapai perdamaian,” kumpulan pemberontak berkata dalam satu kenyataan di laman sesawangnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA