Kerugian bencana alam catat AS$520b setiap tahun

Kerugian bencana alam catat AS$520b setiap tahun

MARRAKESH, Maghribi, 15 Nov – Bencana alam global menyebabkan kerugian tahunan sebanyak AS$520 bilion, laporan Bank Dunia, kelmarin.

Kejadian-kejadian itu juga memaksa kira-kira 26 juta orang berada ke dalam kemiskinan setiap tahun, kata Stephane Hallegatte, seorang ahli ekonomi kanan di Bank Dunia, memetik laporan itu.

Laporan bertajuk ‘Unbreakable: Building the Resilience of the Poor in the Face of Natural Disasters,’ memberi amaran bahawa kesannya kepada manusia dan ekonomi terhadap cuaca melampau itu jauh lebih dahsyat daripada yang sebelumnya.

Dalam semua 117 negara yang dikaji, kesan ke atas kesejahteraan, diukur dari segi kerugian penggunaan, didapati lebih besar daripada kerugian aset, mengikut kajian. – Xinhua