Kes Bantleman di JIS cetus kritikan

Kes Bantleman di JIS cetus kritikan

JAKARTA, 26 Feb (AFP) – Seorang lelaki warga Kanada keturunan British kembali semula ke penjara hari ini selepas keputusan pencabulan seksual di sebuah sekolah antarabangsa Jakarta ditarik balik sehingga mencetuskan kritikan dari London dalam kes yang telah menimbulkan persoalan tentang kedaulatan undang-undang di Indonesia.

Neil Bantleman, pentadbir di Sekolah Antara Budaya Jakarta (JIS), kembali semula ke penjara di ibu negara Indonesia, kata seorang pegawai, sehari selepas defendan bersama, yang juga pembantu pengajar, Ferdinand Tjiong, dihantar pulang ke penjara.

Mereka telah dipenjarakan masing-masing untuk 10 tahun pada April tahun lepas kerana mendera anak-anak muda di JIS selepas proses undang-undang yang dikritik sebagai penuh dengan penyelewengan sehingga menarik kritikan dari Kanada, Britain dan Amerika Syarikat (AS).

Mereka telah dibebaskan beberapa bulan kemudian apabila sabitan mereka ditarik balik selepas rayuan, tetapi diarahkan kembali semula ke penjara selepas berita muncul pada Khamis bahawa Mahkamah Agung telah membatalkan pembebasan mereka dan hukuman mereka dilanjutkan setahun lagi untuk setiap seorang.

Gambar fail 14 Ogos 2014 menunjukkan Bantleman (kanan) dan isterinya Tracy selepas beliau dibebaskan dari Penjara Cipinang. – AFP
Gambar fail 14 Ogos 2014 menunjukkan Bantleman (kanan) dan isterinya Tracy selepas beliau dibebaskan dari Penjara Cipinang. – AFP

Bantleman yang memegang dua kewarnegaraan dan Tjiong, sering menegaskan mereka tidak bersalah, dan menerima sokongan kuat daripada masyarakat ekspatriat dan sekolah, yang menjadi pilihan warga asing dan warga Indonesia kaya selama beberapa dekad.

Duta British ke Indonesia, Moazzam Malik, menyertai suara antarabangsa yang mengkritik kes itu hari in berkata, Britain ‘sangat prihatin’ dengan keputusan Mahkamah Agung.

“Terdapat dakwaan penyelewengan berterusan yang serius dalam prosiding asal mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

“Bersama dengan orang lain, kami telah membuat gesaan berulang untuk memastikan kes ini ditangani secara adil dan telus. Pencapain semalam menambahlagi persoalan mengenai ketelusan dan konsistensi dalam kedaulatan undang-undang di Indonesia.”

Beliau berkata demikian selepas Menteri Hal Ehwal Luar Kanada, Stephane Dion semalam berkata kerajaannya ‘amat kecewa dan terkejut’ dengan keputusan ‘tidak adil’ itu dan duta AS ke Indonesia berkata AS juga ‘terkejut dan kecewa’.