Kes baru Ebola di Sierra Leone

Kes baru Ebola di Sierra Leone

FREETOWN, 7 Sept (AFP) – Seorang lagi wanita diuji positif dengan Ebola di sebuah kampung di utara Sierra Leone yang sudah pun di kuarantin selepas kematian seorang wanita berusia 67 tahun seminggu lepas, menurut Presiden Ernest Bai Koroma semalam.

Koroma berkata kes terbaru tersebut, yang disahkan Sabtu lepas, ada membuat hubungan dengan wanita yang meninggal dunia pada 28 Ogos lepas di kampung Sellu Kafta di daerah Kambia.

“Insiden itu adalah peringatan bahawa Ebola masih ada di sini jadi kita perlu terus mengambil langkah berwaspada seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa kesihatan,” tegas beliau.

“Sebagai sebuah kerajaan, baru-baru ini kami sudah melanjutkan keadaan darurat awam bertujuan menangani kewujudan semula jangkitan baru.

Para petugas memberikan bantuan penjagaan kesihatan kepada sebahagian penduduk kampung yang di kuarantin berikutan kemunculan kes terbaru Ebola di Sierra Leone. – AFP
Para petugas memberikan bantuan penjagaan kesihatan kepada sebahagian penduduk kampung yang di kuarantin berikutan kemunculan kes terbaru Ebola di Sierra Leone. – AFP

“Hakikatnya bahawa kita masih mempunyai kes terbaru (yang baru muncul), jadi ia bermakna bahawa kita memerlukan peraturan dan kita akan terus menggunakannya” untuk menghentikan berulang kembali jangkitan, tegas presiden.

Para pegawai kesihatan daerah di Kambia memberitahu AFP pesakit baru Ebola adalah “anak saudara perempuan” kepada wanita yang meninggal dunia di Sellu Kafta.

Seramai hampir 1,000 penduduk kampung tersebut kini diletakkan dalam keadaan kuarantin selama tiga minggu selepas para pegawai mengumumkan Selasa lepas bahawa wanita tersebut, seorang penjual makanan, meninggal dunia selepas jatuh sakit selama 10 hari tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

ARTIKEL YANG SAMA