Kes bom semakin rumit, suspek tiada kaitan DNA

Kes bom semakin rumit, suspek tiada kaitan DNA

BANGKOK, 4 Sept (Reuters) – Ujian forensik ke atas dua tersangka telah gagal mengaitkan dengan tempat serangan bom di Thailand yang paling banyak mengorbankan nyawa, menurut polis hari ini, yang menjadi satu tamparan hebat kepada penyiasatan.

Pemeriksaan DNA ke atas dua warga asing itu mengaitkan mereka dengan bahan letupan yang disembunyikan, dan yang ditemui di sebuah blok pangsapuri Bangkok, tetapi tidak mengaitkan dengan bukti yang dikutip di kuil Hindu Erawan, yang mana 20 orang terbunuh pada 17 Ogos lalu, menurut polis dalam satu pengumuman yang disiarkan di televisyen.

Ketiadaan kaitan merumitkan kes yang begitu ditonjolkan ini yang diselubungi misteri, dengan pihak berkuasa tidak dekat kepada mengetahui motif serangan yang dilancarkan di salah sebuah kawasan komersial paling sibuk di Bangkok.

Suspek letupan bom di Bangkok yang ditangkap oleh pegawai polis di Biro Polis Metropolitan tengah Bangkok, Thailand pada 4 September. – Reuters
Suspek letupan bom di Bangkok yang ditangkap oleh pegawai polis di Biro Polis Metropolitan tengah Bangkok, Thailand pada 4 September. – Reuters

Pihak tentera membuat spekulasi bahawa penjenayah mungkin anggota kumpulan penyeludupan manusia yang kecewa dengan tindakan polis. Thailand menolak kemungkinan kumpulan militan terlibat.

Polis telah menguji contoh DNA warga asing kedua dari dua orang warga asing itu, untuk mengetahui jika dia adalah tersangka utama – lelaki berbaju kuning yang dilihat di kamera pengawasan meletakkan beg sandar di kuil itu sebelum letupan berlaku.

“Tidak ada bukti mengaitkan dia adalah lelaki berbaju kuning itu,” jurucakap polis Prawut Thawornsiri memberitahu para pemberita. Prawut berkata polis percaya dia ‘pasti terlibat dalam pengeboman itu.”