Kes budak hilang jadi viral

Kes budak hilang jadi viral

Oleh Yusrin Junaidi dan Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Seorang budak perempuan berumur 10 tahun berbangsa Cina yang dilaporkan hilang di The Mall, Gadong pada petang ini, telah selamat ditemui kira-kira pukul 8 malam, di gedung beli-belah tersebut.

Menurut polis, Balai Polis Pusat menerima laporan kira-kira pukul 7 malam mengenai seorang kanak-kanak berumur 10 tahun hilang di Mall, Gadong pada pukul 2:40 petang.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut telah dijumpai kira-kira pada pukul 8 malam dan ayah kanak-kanak itu telah membawanya ke Balai Polis Sengkurong untuk membuat laporan.

Berita mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut sempat viral di laman Facebook dan menjadi perhatian ramai.

Ayah kanak-kanak tersebut juga mengucap ribuan terima kasih kepada orang ramai serta pihak polis yang sama-sama memberikan bantuan sehingga menemui semula anaknya itu.

ARTIKEL YANG SAMA