Kes bunuh bapa: Reman dilanjutkan

Kes bunuh bapa: Reman dilanjutkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Tahanan reman ke atas seorang anak yang didakwa membunuh bapanya di sebuah rumah di Kampung Jangsak pada 4 Januari telah dilanjutkan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Jeromy Ling Leh Teck, 32, berdepan tuduhan melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Ling Koung Tien berusia 58 tahun antara jam 12 tengah hari dan 7 malam 2016.

Pegawai Pendakwa Raya, Hajah Zuraidah binti Haji Sidek memaklumkan mahkamah bahawa sampel telah dihantar ke makmal Singapura untuk dianalisis.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menetapkan 1 Februari untuk sebutan semula kes.

Jeromy dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa kepada hukuman mati, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL YANG SAMA