Kes bunuh dibawa ke Mahkamah Tinggi

Kes bunuh dibawa ke Mahkamah Tinggi

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160520_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, memerintahkan Muhammad Zulkifli bin Abdul Jalil yang didakwa bersubahat membunuh seorang lelaki tempatan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat alasan dan bukti yang mencukupi untuk kes dibawa ke perbicaraan.

Muhammad Zulkifli, 27, bersama seorang lagi rakannya, Muhammad Hakimi Rizal bin Abdullah @ Eyan anak Beritin (yang ditemui mati dalam sel Balai Polis Pusat pada 2 Jun 2015) didakwa membunuh Ispawi bin Idris berusia 43 tahun di Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan 7, Kuala Belait antara jam 3 dan 3:30 petang pada 20 Mei.

Mayat Ispawi ditemui di dalam kereta pada 23 Mei di belakang bangunan komersil di Jalan Pandan 7.

Tertuduh hanya berkata ‘Ya’ apabila mahkamah bertanya sama ada dia memahami pertuduhan yang dibacakan itu.

Muhammad Zulkifli memberitahu mahkamah, dia tidak ada apa-apa yang ingin dicakapkan buat masa ini dan hanya akan mengeluarkan kata-katanya apabila dibicarakan nanti.

Tarikh perbicaraan akan ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi kelak, kata Majistret Hajah Ervy Sufitriana sambil memerintahkan tertuduh untuk terus ditahan reman, dan sebelum itu memberinya peluang selama 20 minit untuk berjumpa dengan keluarganya.

ARTIKEL YANG SAMA