Kes cabul kehormatan dibicarakan September ini

Kes cabul kehormatan dibicarakan September ini

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan dan percubaan menculik seorang pelajar akan dibicarakan pada September 2016.

pg06_160720_mahkamah logo2

Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 19 hingga 26 September untuk perbicaraan Pengiran Shahirul Hamadi bin Pengiran Haji Jaya, 28, yang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 11 tahun pada 29 Jun 2015 antara jam 12 dan 12:18 tengah hari dalam kawasan sekolah dekat ibu negara.

Pengiran Shahirul diwakili Peguam Bela Sheikh Noordin manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA