Kes cabul tiga kanak-kanak dibicara Januari tahun depan

Kes cabul tiga kanak-kanak dibicara Januari tahun depan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160419_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan Januari 2017 untuk perbicaraan seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan mencabul kehormatan tiga orang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menetapkan 23 sehingga 30 Januari 2017 bagi tarikh perbicaraan Dayemo @ Abdul Aziz bin Haji Moktal, 45, yang berdepan dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh dan melihat video lucah bersama mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Januari dan Disember 2015 di sebuah rumah di Kampung Panchor, Mengkubau.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin $8,000 atau dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo.