Kes culik pelajar dibicara 4 Jun

Kes culik pelajar dibicara 4 Jun

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Seorang warga emas berusia 63 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan menculik seorang pelajar perempuan.

Brahim bin Haji Kassim berdepan dakwaan menculik pelajar berusia 10 tahun di kawasan sekolah Daerah Belait antara jam 6:30 dan 7 pagi, pada 14 Mei 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun, dan juga denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abd Rahman memohon untuk kes ditangguhkan bagi siasatan lanjut.

pg06_160427_mahkamah logo2

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula dan memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman.

ARTIKEL YANG SAMA