Kes curi $40 disebut semula 26 Mei

Kes curi $40 disebut semula 26 Mei

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Seorang lelaki penduduk tetap dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri.

Mohamad Fakhri bin Maslan, 31, didakwa mencuri wang berjumlah $40 dengan memecah masuk sebuah pangsapuri di Jalan Kumbang Pasang pada 12 Mei 2016 sekitar jam 8:30 pagi.

pg06_160519_mahkamah logo2

Dia didakwa mengikut Seksyen 454 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 26 Mei untuk kes disebut semula dan memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk siasatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA