Kes dadah warga tempatan disebut semula 9 Januari

Kes dadah warga tempatan disebut semula 9 Januari

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Mahkamah Majistret, hari ini, menetapkan 9 Januari untuk sebutan semula kes seorang lelaki tempatan yang berdepan tujuh pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Royzaily bin Kasni hanya mengaku bersalah untuk lima tuduhan iaitu memiliki 0.2752 gram Methylamphetamine dan mengambilnya pada 24 November 2012 di Kampung Perpindahan Mata-Mata, mengambil dadah pada 23 Mei 2013 dan memiliki peralatan dan mengambil dadah di depan kedai runcit di Kampung Belais, Temburong pada 30 Julai 2014.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi tuduhan memiliki 5.0436 gram Methylamphetamine untuk tujuan mengedar dan memiliki peralatan mengambil dadah di kawasan Pejabat Pos Mata-Mata pada 23 Mei 2013.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman mengarahkan tertuduh untuk ditahan reman di Penjara Jerudong sehingga sebutan seterusnya jika dia gagal untuk mendapatkan seorang penjamin hari ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Narkotik, Sofimah binti Ramle.

pg01_150108_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA