Kes ditutup, punca kematian perlu diketahui

Kes ditutup, punca kematian perlu diketahui

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151027_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Mahkamah Majistret, hari ini, menarik balik kes seorang lelaki tempatan yang dipercayai sengaja memulakan kebakaran sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Pancha Delima 2, pada pagi 23 September lalu.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji MohdHussain membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurjauinah binti Haji Kula untuk kes Remia bin Haji Raub, 32 tahun (tertuduh) ditarik balik dan ditutup.

Tertuduh didapati mati pada 28 September ketika dalam tahanan polis di lokap Balai Polis Pusat, di sini.

Si mati sebelum ini didakwa dengan pertuduhan menyebabkan kebakaran dengan menyalakan api ke atas tilam menggunakan pemetik api di rumah tersebut, yang kemudian menyebabkan berlaku kebakaran dan membawa kepada kematian kanak-kanak malang itu.

Rumah tersebut disewa oleh pekerja-pekerja warga asing, dan kanak-kanak yang terkorban itu merupakan anak kepada salah seorang penyewa di situ.

Si mati dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 25 September namun tiada pengakuan direkodkan.

Peguam Bela, Roy Prabakaran, yang mewakili si mati tidak membantah untuk mahkamah menutup kes namun ingin dimaklumkan kelak jika mahkamah sudah menerima sijil kematian bagi membolehkan keluarga si mati mengetahui sebab kematian.

ARTIKEL YANG SAMA