Kes ekstradisi Warner ditangguh

Kes ekstradisi Warner ditangguh

PORT OF SPAIN, 28 Julai (AFP) – Kes ekstradisi bekas naib presiden FIFA Jack Warner yang diselubungi skandal ditangguhkan selama sebulan semalam selepas peguam negara dan peguam bela meminta lebih banyak masa untuk mengkaji dakwaan rasuah AS.

Warner, bekas ketua badan induk bola sepak di Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF), bergelut menentang ekstradisi ke AS selepas dinamakan dalam siasatan rasuah FIFA yang menggegarkan dunia bola sepak.

Warner, 72, hadir di mahkamah Majistret Port of Spain di ibu negara Trinidad semalam ketika peguam bela dan negara membincangkan prosiding tersebut.

Kes itu ditangguhkan sehingga 28 Ogos apabila tarikh bagi bermulanya kes ektradisi penuh ditetapkan.

Proses ekstradisi Warner ditangguhkan selepas peguam memohon untuk mengkaji dakwaan rasuah beliau dalam FIFA. – Reuters
Proses ekstradisi Warner ditangguhkan selepas peguam memohon untuk mengkaji dakwaan rasuah beliau dalam FIFA. – Reuters

Warner berkata di luar mahkamah bahawa dia telah mengarahkan pasukannya untuk memfailkan kajian semula semakan prosiding kehakiman ekstradisi atas alasan kerajaan Perdana Menteri Trinidad, Kamla Persad-Bissessar telah ‘mendakwa’ kesnya dan memungkinkannya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

Warner ditahan oleh pihak berkuasa Trinidad selepas AS membabitkannya bersama 13 pegawai bola sepak yang lain dan eksekutif pasaran kerana didakwa terlibat rasuah.

Dia mendakwa bahawa kes AS ke atasnya bermotifkan politik kerana AS cuba untuk membalas dendam selepas tewas kepada Qatar dalam undian untuk menghoskan Piala Dunia 2022.

ARTIKEL YANG SAMA