Kes guru cabul pelajar ditetapkan 12 Disember

Kes guru cabul pelajar ditetapkan 12 Disember

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160716_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Mahkamah Perantaraan di sini, semalam, menetapkan Disember 2016 untuk perbicaraan seorang guru yang mengaku tidak bersalah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

Lelaki warga Indonesia yang namanya tidak dapat didedahkan itu didakwa melakukan perbuatan ‘tidak senonoh’ terhadap mangsa yang berusia 11 tahun di sebuah sekolah, pada 2 Jun 2016 kira-kira jam 11 pagi.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354B Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi daripada 10 tahun, dan juga sebatan.

Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan 12 hingga 21 Disember 2016 untuk perbicaraan, dan melanjutkan ikat jamin tertuduh.

Tertuduh diwakili Peguam Bela, Haji Mohd Rozaiman bin DSLJ Haji Abdul Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA