Kes lelaki ancam ibunya dibicara 7 Jun

Kes lelaki ancam ibunya dibicara 7 Jun

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan – Mahkamah Majistret menetapkan enam hari, bermula 7 Jun untuk perbicaraan seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memecahkan tingkap rumah dan mengancam ibunya dengan menggunakan pisau.

Haji Muhammad Dhiyaulhaq bin Haji Ariffin berusia 21 tahun menghadapi pertuduhan melakukan kerosakan dengan memecah tingkap rumahnya di Kampung Perumahan Rimba pada 12 Januari 2016 kira-kira jam 2 petang.

Dia juga berdepan kesalahan mengancam mencederakan ibunya, dengan niat untuk menakutkannya dengan menunjukkan pisau ke arahnya.

Dalam sebutan hari ini, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak sedar apa yang dilakukannya pada waktu kejadian.

pg06_160129_mahkamah logo

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Adri bin Ahmad Zakaria memaklumkan mahkamah bahawa dia akan memanggil sembilan orang saksi untuk memberikan keterangan manakala tertuduh mempunyai seorang saksi untuk membelanya.

Majistret Pengiran Shahyzul memerintahkan tertuduh untuk terus ditahan reman di Penjara Jerudong jika dia gagal untuk mendapatkan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA