Kes lemas pertama di Aegean

Kes lemas pertama di Aegean

ATHENS, 10 April (AFP) – Empat wanita asing dan seorang kanak-kanak lemas sabtu lalu di luar pulau Yunani Samos, kematian pertama di Laut Aegean sejak perjanjian kontroversi EU-Turki untuk mengekang aliran pendatang yang berkuat kuasa tiga minggu lalu.

“Lima orang telah diselamatkan tetapi lima lagi meninggal dunia, termasuk empat wanita dan seorang kanank-kanan apabila bot plastik yang mereka naiki terbalik,” kata jurucakap pengawal pantai Greek kepada AFP.

Kapal pengawal pantai membuat pencarian di air bagi empat orang lain yang juga berada pada bot 3.5 meter (11 kaki) semasa ia karam, katanya.

Antara yang terselamat daripada bot karam pada Sabtu lalu adalah daripada pengedar dadah haram yang disyaki. Mereka telah ditangkap, menurut kenyataan perkhidmatan pengawal pantai.

Mangsa kanak-kanak meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami di atas kapal bot penyelamat dari agensi sempadan EU Frontex.

Di bawah terma perjanjian EU-Turkey, semua ‘pendatang tidak sah’ yang tiba di pulau-pulau Yunani dari Turki itu akan dihantar pulang.

Tujuannya adalah untuk menggelakkan orang ramai daripada membuat lintasan Aegean yang berbahaya dalam bot rapuh dengan menegaskan ancaman pengusiran untuk kembali semula ke tempa asal mereka datang.

Bagi setiap pelarian Syria yang dihantar pulang ke Turkey, warga Syria tersebut sepatutnya ditempatkan semula di Eropah. Tetapi perjanjian itu telah dikritik oleh kumpulan hak asasi.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada hari Jumaat oleh Pertubuhan Antarabangsa Migran (IOM), lebih daripada 152,000 orang telah tiba di Greece melalui laut dari Turki sejak 1 Januari, hampir tiga suku daripada mereka adalah rakyat Syria. Dan sebanyak 366 orang telah mati lemas dalam perjalanan tersebut.