Kes MH17 makin keliru

Kes MH17 makin keliru

THE HAGUE, 16 Okt (AFP) – Menteri Luar Belanda Bert Koenders hari ini menuduh Rusia ‘menyemai kekeliruan’ tentang nasib penerbangan MH17 dengan sentiasa mengkritik dan mengaitkan laporan itu sebagai bencana.

‘Saya mendapat gambaran bahawa pihak Rusia pada ketika ini tidak menunjukkan minat dalam laporan akhir, tetapi menyemai kekeliruan mengenainya,’ media memetik Koenders sebagai berkata menjelang mesyuarat mingguan Kabinet di The Hague.

Koenders tidak dapat menghubungi rakan sejawatnya dari Rusia Sergei Lavrov untuk membincangkan isu itu, agensi berita Belanda ANP melaporkan. Laporan akhir yang dikeluarkan Belanda mengenai kemalangan MH 17 itu menyimpulkan bahawa pesawat telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu ‘permukaan-keudara’.

Negara-negara Barat dan Kiev berkata peluru berpandu itu dilancarkan dari pro-Rusia di wilayah pemisah yang dipegang oleh pemberontak, tetapi Moscow menafikan tuduhan itu.

Tragedi kemalangan MH17 sehingga kini tiada pihak yang bertanggungjawab. – Reuters
Tragedi kemalangan MH17 sehingga kini tiada pihak yang bertanggungjawab. – Reuters

Satu siasatan jenayah diketuai Belanda sedang dilakukan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab, tetapi pakar-pakar mengatakan kemungkinan terdapat kesukaran bagi menghadapkan pelaku ke muka perbicaraan.

‘Tidak ada gunanya dalam menyemai kekeliruan. Perkara yang paling penting sekarang ialah untuk bekerjasama,’ kata Koenders.

Bahagian siasatan rasmi nahas udara belanda juga berkata beliau percaya Moscow telah “menjejaskan” penemuan laporan. Beliau berkata beliau yakin suspek akhirnya akan dikenal pasti dengan siasatan jenayah yang sedang dijalankan, tetapi tidak dapat berharap mereka akan pernah dibawa ke muka pengadilan.