Kes mikrosefali di Brazil berganda kepada 82

Kes mikrosefali di Brazil berganda kepada 82

RIO DE JANEIRO, 2 Mac (dpa)– Bilangan kes yang disahkan mengenai kecacatan kranium ke atas kandungan ibu yang dijangkiti virus Zika telah berganda di Brazil dalam masa dua minggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan kelmarin.

Daripada 641 kes yang disahkan mikrosefali, 82 anak damit telah dilahirkan daripada ibu yang dijangkiti Zika, menurut kementerian. Dua minggu lalu, jumlahnya adalah 41.

Pihak berkuasa mensyaki majoriti anak damit dengan mikrosefali, satu keadaan di mana anak damit lahir secara tidak normal memiliki kepala kecil, telah dilahirkan ketika ibunya jatuh sakit akibat virus Zika. Sebanyak 4,222 kes lagi yang disyaki mikrosefali masih disiasat.

Virus Zika itu berkaitan dengan mikrosefali, kecacatan ketika lahir yang disebabkan masalah perkembangan teruk. Mikrosefali didefinisikan sebagai anak damit yang lahir dengan lilitan kepalanya sebesar 32 sentimeter atau kurang. Kaitan muktamad antara Zika dan mikrosefali belum lagi disahkan.

Virus itu disebarkan berpunca daripada nyamuk. Zika sejauh ini telah dikesan pada kira-kira 40 buah negara, dengan Brazil paling teruk terjejas.