Kes panggilan bom palsu ditangguhkan

Kes panggilan bom palsu ditangguhkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160721_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Mahkamah Majistret di sini hari ini, menangguhkan sehingga 17 Ogos untuk sebutan lanjut kes seorang lelaki tempatan yang dituduh membuat panggilan ancaman bom palsu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Adri bin Ahmad Zakaria memohon penangguhan selama sebulan untuk Awangku Ariffin bin Pengiran Haji Mohammed, 39, sementara menunggu laporan mental tertuduh daripada Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Awangku Ariffin berdepan pertuduhan membuat panggilan ke talian kecemasan 993 dan mendakwa ada bom di kawasan pasar raya Hua Ho, Bangunan Halimatul Saadiah di Gadong pada 11 Julai 2016 kira-kira jam 11 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 45(a) Perintah Telekomunikasi 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi $50,000 dan pemenjaraan untuk tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan tertuduh untuk terus ditahan reman.

ARTIKEL YANG SAMA