Kes pembunuhan 1990 di Sydney dibuka semula

Kes pembunuhan 1990 di Sydney dibuka semula

SYDNEY, 30 Sept, – Seorang lelaki yang dituduh menikam seorang wanita sehingga mengakibatkan kematian di Sydney 26 tahun yang lalu telah diekstradisi ke Australia dan didakwa atas jenayah pembunuhan, selepas menghabiskan hampir dua dekad hidup secara bersembunyi di sebuah pulau Pasifik.

Alani Afu, 49, didakwa atas pembunuhan Rita Caleo – seorang ibu berusia 39 tahun yang telah berulang kali ditikam di rumahnya di kawasan Double Bay Sydney pada bulan Ogos 1990. Kematian Caleo diikuti oleh abangnya – doktor Michael Chye, 36, yang ditembak tiga kali ketika beliau meletakkan keretanya di dalam garaj rumahnya di Sydney pada bulan Oktober 1989.

Polis Australia membuka semula kes itu ke dalam kes pembunuhan adik-beradik pada tahun 2011 dan sejak itu dua lelaki telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Polis New South Wales dalam satu kenyataan dalam pertanyaan mereka terhadap suspek memberitahu terdapat seorang lagi suspek lelaki yang dikatakan telah terlibat dalam pembunuhan Caleo yang tinggal di Tonga. Afu merayu terhadap ekstradisi tetapi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney semalam. Dia tidak memohon ikat jamin dan direman dalam jagaan sehingga 4 Oktober. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA