Kes penipuan bayaran kereta digugurkan

Kes penipuan bayaran kereta digugurkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, semalam, daripada pertuduhan menipu seorang wanita berhubung dengan bayaran pinjaman kereta.

pg06_160414_mahkamah logo2

Mohamad Hanizam bin Haji Awang, 37, Rahimah binti Brahim, 47, dan Siti Sara binti Haji Daud, 45, dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah memperdayakan wanita itu untuk menjual kereta Toyota Vios miliknya, dengan memberitahunya yang mereka akan mengambil alih bayaran bulanan kereta itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 September 2013, namun Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin mendapati kenyataan itu tidak dibuat secara sukarela dan pihak pendakwaan tidak mempunyai cukup bukti untuk membuktikan kes itu.

ARTIKEL YANG SAMA