Kes pertama mikrosefali di El Salvador

Kes pertama mikrosefali di El Salvador

SAN SALVADOR, 15 Jun (AP) – Pegawai kesihatan di El Salvador mengesahkan kes pertama kecacatan kelahiran teruk yang dikaitkan dengan virus Zika.

Menteri Kesihatan Awam, Violeta Menjivar, berkata bayi lelaki yang menghidap mikrosefali itu dilahirkan seorang ibu berusia 20 tahun baru-baru ini.

El Salvador mengesahkan kehadiran virus Zika pada Disember 2015. Kerajaan sudah mengenalpasti 278 wanita hamil yang disyaki dijangkiti virus itu.

Daripada jumlah itu, 118 sudah pun melahirkan bayi tanpa mikrosefali.

Bayi dengan mikrosefali mempunyai kepala yang luar biasa kecil dan otak yang tidak berkembang.

Gambar fail yang diambil pada 24 Februari 2016 menunjukkan kepala kanak-kanak berumur 3 bulan, Esther Kamilly diukur oleh pekerja kesihatan Brazil dan Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kajian ke atas virus Zika dan kecacatan kelahiran mikrosefali. El Salvador mengesahkan kes pertama kecacatan kelahiran teruk yang dikaitkan dengan virus Zika. – AP