Kes pertama virus Zika di pulau Perancis

Kes pertama virus Zika di pulau Perancis

PARIS, 22 Mac – Pihak berkuasa Perancis mengatakan hari ini bahawa adanya ‘rasa syak yang kuat’ bahawa kes pertama mikrosefali berkaitan dengan virus Zika telah dikesan di pulau Martinique, Carribbean.

Kes itu mungkin akan menjadi yang pertama kes mikrosefali dalam wilayah Perancis, cacat kelahiran yang dikatakan berpunca daripada Zika, virus bawaan nyamuk yang telah merebak dengan pantas di seluruh Amerika Selatan.

Menteri Kesihatan Perancis, Marisol Touraine mengatakan sekitar 130 wanita mengandung telah didiagnosis dengan virus Zika di pulau Antilles, yang termasuk Martinique, serta French Guiana di tanah besar Amerika Selatan. – AFP