Kes pertama Zika dengan mikrosefali di Sepanyol

Kes pertama Zika dengan mikrosefali di Sepanyol

BARCELONA, 6 Mei (AFP) – Pihak berkuasa kesihatan Sepanyol berkata pada lewat kelmarin mereka telah mengesan kes pertama kecacatan kelahiran mikrosefali dalam janin seorang wanita hamil yang dijangkiti oleh virus Zika.

“Seorang wanita hamil telah dijangkiti Zika dan denggi dan janinnya telah menunjukkan beberapa kecacatan,” menurut pihak berkuasa kesihatan rantau Catalonia dalam satu keterangan.

Ini adalah kes pertama Zika Sepanyol yang berkaitan dengan mikrosefali, di mana anak damit dilahirkan dengan kepala yang lebih kecil dan kadang-kadang mengidap kerosakan otak.

Sejumlah 105 orang di Sepanyol telah dijangkiti dengan virus Zika yang berasal daripada nyamuk itu, menurut statistik rasmi dari 3 Mei.

Pihak berkuasa Sepanyol telah berkata kesemua kes-kes jangkitan itu, termasuk 13 wanita hamil merupakan kes import yang ditemui dalam seseorang sama ada “dari, atau sesiapa yang telah membuat lawatan ke negara-negara terjejas” di Latin Amerika.

Penularan Zika ketika itu bermula pada awal 2015 di Brazil, di mana beberapa 1.5 juta jangkitan telah dilaporkan. Sejak itu, wabak itu telah tersebar di beberapa negara lain di Amerika.

Pakar saintis percaya virus itu bertanggungjawab atas melonjaknya kelahiran anak damit di Brazil dengan mikrosefali.

Setakat ini tiada vaksin atau rawatan bagi virus itu , di mana dalam kebanyakan orang hanya menyebabkan simptom-simptom ringan seperti kegatalan, kesakitan sendi atau demam.