Kes rogol remaja ditangguh

Kes rogol remaja ditangguh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menangguhkan kes seorang lelaki tempatan yang berdepan dakwaan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo memohon penangguhan itu selama dua minggu untuk mengemukakan pertuduhan lain membabitkan rogol statutori dan persetubuhan haram terhadap Norin bin Pungut/Yussof yang berusia 31 tahun.

pg06_160620_mahkamah logo2

Terdahulu, tertuduh hanya berdepan pertuduhan merogol mangsa di sebuah rumah di Mentiri sekitar April 2016.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 4 Julai untuk sebutan kes dan melanjutkan ikat jamin tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA