Kes tentera bunuh pejuang IS dibatalkan

Kes tentera bunuh pejuang IS dibatalkan

THE HAGUE, 22 Jun (AFP) – Perkhidmatan pendakwaan Belanda semalam membatalkan kes terhadap seorang bekas tentera yang diberkas kerana disyaki membunuh seorang pejuang jihad kumpulan Islam IS ketika bertempur bersama pasukan Kurdis di Syria tahun lalu.

“Pihak pendakwa awam telah mengenepikan kes terhadap J.A yang disyaki terlibat dalam pembunuhan para pejuang IS di Syria,” menurut pejabat pendakwa dalam satu kenyataan.

Media Belanda mendedahkan nama lelaki itu sebagai Jitse Akse, 47 tahun yang telah pergi ke Syria pada awal 2015.

Polis telah memberkas Akse pada pertengahan Januari di Amhem, bandar timur Belanda selepas dia memberitahu surat khabar dan melaporkan di Facebook bahawa dia telah berjuang menentang pejuang jihad di Syria.

Dia berkata dia telah bertempur bersama-sama Unit-unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) dan penangkapannya telah mengundang banyak sokongan dari rakyat Belanda bagi perjuangannya ke atas IS itu.

Tahun lalu YPG dituduh oleh Amnesty International mengusir warganegara-warganegara dari rumah mereka di utara Syria sebelum membakar rumah mereka itu Tetapi semalam pihak pendakwa berkata ‘bukti tidak mencukupi’ untuk menunjukkan bahawa A, sendiri terlibat dalam melakukan homisid atau cuba melakukan homisid.”

“Kandungan dakwaan ke atas A sukar untuk membuktikan dan tidak disokong oleh sebarang bukti lain,” menurut mereka.

ARTIKEL YANG SAMA