Kes tertuduh laku persetubuhan disambung Mac ini

Kes tertuduh laku persetubuhan disambung Mac ini

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Mahkamah Majistret, hari ini, menetapkan Mac 2016 untuk perbicaraan seorang lelaki warga tempatan yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan dengan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Mohd Nasiruddin bin Muhammad Isa, 29, didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan pada September 2014 di Pantai Seri Kenangan, Tutong.

Timbalan Pendakwa Raya, Rozaimah binti Abdul Rahman akan memanggil sembilan orang saksi pendakwaan manakala tertuduh tidak mempunyai saksi sebagai pembelaan diri.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain melanjutkan tempoh ikat jamin tertuduh.

pg06_160202_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA