Kes tertuduh rogol anak dilanjut 29 Februari

Kes tertuduh rogol anak dilanjut 29 Februari

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya menangguhkan kes seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun, atas dua dakwaan merogol anak perempuannya.

Hakim Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman membenarkan penangguhan itu sehingga 29 Februari sementara menunggu pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Zuraidah binti DP Haji Sidek memaklumkan mahkamah, penangguhan itu membolehkan Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak untuk menjalankan bukti baru yang baru sahaja diperolehi. Timbalan Pendakwa Raya turut memberitahu mahkamah kemungkinan tertuduh bakal berdepan empat lagi tuduhan.

Tertuduh yang namanya tidak dapat didedahkan untuk melindungi identiti mangsa didakwa merogol anaknya yang berusia 17 tahun di bilik tidur sebuah rumah di Daerah Tutong sekitar Januari dan Februari 2015. Dia dituduh melakukan kesalahan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Mahkamah melanjutkan ikat jamin tertuduh dan mengekalkan syarat iaitu dia tidak boleh mendekati atau berhubung dengan mangsa.

pg06_160215_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA