Kes tikam dibicarakan tahun depan

Kes tikam dibicarakan tahun depan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak salah menikam lelaki lain akan dibicarakan tahun depan di Mahkamah Perantaraan.

Shahminan bin Mohd Ranih, 32, berdepan tuduhan menikam mangsa, yang juga warga tempatan berusia 48 tahun pada tangan kiri dan kanannya menggunakan pisau.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Kampung Pandai Besi ‘A’ pada 23 November 2015 sekitar jam 12 tengah hari.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin menetapkan 4 hingga 16 April 2016 untuk tertuduh dibicarakan.

pg06_151218_mahkamah logo

Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo memberitahu mahkamah dia akan memanggil enam orang saksi untuk memberikan keterangan manakala tertuduh akan membawa empat orang saksi sebagai pembelaannya.

Hakim Haji Abdullah Soefri membenarkan tertuduh dilepaskan atas ikat jamin $1,500 atau seorang penjamin tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA