Kes wanita buang anak dibicarakan

Kes wanita buang anak dibicarakan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160825_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Seorang perempuan warga Indonesia sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membuang anak damitnya yang baru lahir.

Gadis yang berusia 18 tahun itu, Desi Thania didakwa menyebabkan kematian anak damit perempuannya dengan membuangnya ke Sungai Brunei melalui tingkap tandas sebuah rumah di Kampung Sungai Besar, pada 7 Ogos 2016 kira-kira jam 3 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Zuraidah binti Haji Sidek mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 308A(1) Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 dan dihukum di bawah Seksyen 308A(2) yang sama iaitu hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun dan juga denda.

Dalam sebutan, hari ini, Timbalan Pendakwa Raya memohon dua minggu penangguhan sementara menunggu keputusan ujian DNA.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 7 September untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA