Kes warga Indonesia cabul kehormatan ditangguh

Kes warga Indonesia cabul kehormatan ditangguh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 25 tahun.

Muhammad Mahdi, 41, didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap mangsa ketika berada di dapur sebuah kediaman di Berakas, pada 13 Mac 2016 kira-kira jam 1:11 pagi.

pg06_160421_mahkamah logo2

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga lima tahun dan juga sebatan.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh di mana Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauinah binti Haji Kula memohon penangguhan kes selama seminggu untuk membolehkan polis menjalankan siasatan.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 27 April untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA