Kes Zika Brazil terus meningkat

Kes Zika Brazil terus meningkat

SAO PAULO, 30 Mac (AFP) – Angka penghidap dan mereka yang disyaki dijangkiti virus Zika di Brazil melonjak kepada 5,235 dalam tempoh seminggu sehingga 25 Mac lalu berbanding 5,200 kes seminggu sebelum itu.

Kementerian Kesihatan Brazil berkata, jumlah kes disahkan penghidap Zika meningkat daripada 907 kepada 944 manakala kes mereka yang disyaki dijangkiti menurun sedikit daripada 4,293 kepada 4,291 dalam tempoh yang sama.

Kebanyakan kes berkaitan Zika di Brazil menyaksikan anak damit mengalami bentuk fizikal kepala yang tidak normal.

Dalam perkembangan lain, ramai rakyat Amerika tidak mempunyai pengetahuan jelas tentang fakta penting tentang virus zika yang telah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran dan menjadi perhatian khusus kepada wanita hamil, penyelidik Amerika Syarikat memberi amaran.

Penemuan itu adalah hasil tinjauan Sekolah Kesihatan Awam T.H. Chan dari Universiti Harvard daripada 1,275 orang dewasa pada awal Mac.

The Zika virus

Kaji selidik itu termasuk 105 isi rumah di mana seorang wanita mengandung atau sedang mempertimbangkan untuk hamil pada tahun hadapan.

Dalam rumah tangga, hampir satu daripada empat (23 peratus) tidak menyedari hubungan antara Zika dan kecacatan kelahiran, mikrosefali, di mana anak damit dilahirkan dengan kepala yang luar biasa damit.

Beribu-ribu kanak-kanak di Brazil telah dilahirkan dengan keadaan itu sehingga mencetuskan amaran yang sehingga hari ini masih kurang difahami oleh saintis global.

Satu daripada lima isi rumah ini berkata mereka percaya vaksin akan dapat dihasilkan untuk mengelakkan Zika, seorang mengatakan mustahil dan pakar pula berkata vaksin untuk virus seperti ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibangunkan.

Lebih daripada empat responden (42 peratus) tidak sedar Zika virus boleh disebarkan secara seksual.