KESAN anjur Bengkel MANDIRI 2.0

KESAN anjur Bengkel MANDIRI 2.0

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) akan mengadakan bengkel MANDIRI 2.0 yang menumpukan kepada belia-belia muda berumur antara 16 sehingga 30 tahun.

Bakal diadakan pada 16 Oktober di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, di ibu negara dengan bertemakan “Be Critical: Thinkers of Tomorrow”, bengkel ini mengetengahkan mengenai dengan kemahiran pemikiran kritikal, yang mana menurut ‘Future of Jobs Report’, World Economic Forum, pemikiran kritikal adalah antara kemahiran lima teratas yang diperlukan oleh para majikan.

Bengkel sehari itu akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 4.30 petang dan akan dikendalikan oleh pembimbing sosiologi dari Pusat Tingkatan Enam Tutong, Dayang Nurul Hadina binti Haji Alias.

Di samping itu, para peserta juga akan menyertai beberapa aktiviti yang telah disediakan oleh ahli-ahli KESAN sepanjang bengkel dijalankan. Bengkel ini bertujuan meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan kemahiran pemikiran kritikal di samping untuk mendapatkan cara-cara kaedah dan penyelesaian masalah dengan cara kritikal.

ARTIKEL YANG SAMA